Ciri-ciri baru yang menarik- ikuti dan hantar pesanan kepada ahli-ahli Toluna!

Kami dengan sukacita mengumumkan tambahan dua ciri utama di Toluna, ciri-ciri yang boleh membawa komuniti Toluna ke satu tahap yang baru.

Ahli-ahli komuniti Toluna sekarang boleh:

Mengikuti satu sama lain!

Kita semua mempunyai ahli-ahli Toluna kegemaran kita – ahli-ahli yang mempunyai pungutan-pungutan suara, topik-topik dan pendapat-pendapat yang lebih menarik minat kita. Ia adalah lebih mudah sekarang ini untuk mengikuti ahli-ahli yang lain – Ikuti!

Bagaimanakah ia berfungsi?

Kami telah menambahkan satu bebutang “Ikuti” pada laman profil awam setiap ahli (bebutang kelihatan di bawah kedudukan dan tahap sosial ahli di sebelah atas kanan laman). Apabila anda telah memilih untuk mengikuti seseorang ahli, mereka akan kelihatan di laman profil anda. Ini bermakna yang anda mempunyai capaian pantas dan mudah ke ahli-ahli kegemaran anda- ia merupakan satu cara yang bagus untuk mengikuti kandungan terbaru mereka! Jadi, ketika anda melayari kandungan tapak web pada masa yang akan datang dan anda terjumpa satu pungutan suara atau topik yang menarik, pastikan anda mengklik nama pengguna ahli yang membuatnya. Ini akan membawa anda ke laman profil mereka jadi anda boleh mula mengikuti mereka!

  • Anda boleh berhenti mengikuti ahli-ahli pada bila-bila masa – hanya klik pada nama pengguna dan laman profil mereka dan klik “Buang”.
  • Anda boleh melihat senarai lengkap ahli-ahli yang anda sedang ikuti dan juga ahli-ahli yang sedang mengikuti anda pada laman profil anda.

Menghantar pesanan antara satu sama lain!

Ahli-ahli Toluna memintanya – dan inilah dia, sistem pesanan Toluna!

Mahu meninggalkan pesanan kepada ahli-ahli Toluna yang lain? Sekarang anda boleh melakukannya! Pada laman profil setiap ahli, anda akan menemui pesanan-pesanan awam; taip pesanan anda, klik ”Hantar” dan proses ini selesai! Anda tidak perlu mengikuti seorang ahli lain untuk meninggalkan pesanan kepada mereka, tetapi sila ambil perhatian tentang yang berikut:

  • Pesanan-pesanan adalah awam- apa sahaja yang anda tulis akan kelihatan pada seluruh komuniti Toluna.
  • Anda boleh mengawal dan mengedit pesanan-pesanan pada laman profil anda: bila anda menghalakan kursor tetikus pada satu pesanan, satu bebutang merah akan kelihatan di sudut kanan atas- kliknya, dan beberapa pilihan akan dipaparkan, ia akan membenarkan anda untuk memadam pesanan-pesanan atau menghalang ahli-ahli untuk menghantar pesanan kepada anda.
  • Sila ingat pada peraturan-peraturan kami dan gunakan sistem pesanan dengan penuh hormat – pesanan-pesanan yang kesat adalah tidak dibenarkan.

Nikmati ciri-ciri baru, dan seperti biasa, komen-komen anda dan cadangan-cadangan anda adalah dialu-alukan!

Jumpa anda di tapak web,

Kumpulan Avner & Toluna

Advertisements
%d bloggers like this: