Kepentingan mengkategorikan dan menandakan kandungan Toluna anda

Mengkategorikan dan menandakan pungutan-pungutan suara dan topik-topik tinjauan pendapat anda merupakan sebahagian penting proses membuat isi kandungan; kami ingin menawarkan beberapa petua dan nasihat dan      menekankan kepentingan untuk mengkategorikan dan menandakan kandungan Toluna anda dengan betul

  1. Apabila memilih satu kategori dan sub-kategori cuba lakukannya dengan setepat-tepat yang mungkin. Ini akan membenarkan ahli-ahli lain untuk menemui kandungan anda dengan lebih mudah, dan akan memastikan yang kandungan anda mempunyai kadar sambutan yang lebih tinggi. Satu perkara penting yang perlu diingati lagi adalah kandungan yang tidak dikategorikan dengan betul boleh dihapuskan kerana sebab yang sama; kandungan yang tidak dikategorikan dengan sempurna mungkin memberikan kesan negatif kepada keputusan-keputusan carian dan mungkin ditunjukkan di tempat-tempat yang salah bila ahli-ahli lain melayari kandungan melalui kategori-kategori.
  2. Anda adalah amat digalakkan untuk menambahkan beberapa penanda pada setiap pungutan suara atau topik tinjauan pendapat yang anda reka walaupun ia bukan satu langkah yang wajib. Penanda-penanda adalah lebih fleksibel dan tepat berbanding dengan kategori-kategori. Contohnya, jika anda menulis satu ulasan tentang filem terakhir yang anda telah anda tontoni, anda boleh memasukkan nama filem tersebut sebagai satu penanda dan tidak menghadkan diri anda sekadar mengkategorikannya sebagai Filem-filem & Pawagam-pawagam / Cereka Sains (sebagai contoh). Sekali lagi, ini boleh mempunyai satu kesan positif yang besar tentang berapa ramai ahli akan menjumpai dan memberikan sambutan terhadap kandungan anda.
  3. Apabila anda mempunyai sebarang keraguan, gunakan kategori “Lain-lain”. Sekiranya anda telah membuat satu pungutan suara atau topik tinjauan pendapat yang tidak memasuki sebarang kategori dengan tepat, hanya gunakan “Lain-lain kategori”. Di dalam kes-kes seumpamanya adalah lebih penting bagi anda untuk memasukkan sebanyak tag yang boleh bagi memudahkan ahli-ahli lain untuk menemui isi kandungan anda. Sila ambil perhatian bahawa setiap kategori mengandungi satu sub-kategori “Lain-lain”; jadi sekiranya anda sedang menulis ulasan sebuah filem yang anda tontoni kebelakangan ini tetapi tidak menemui genre yang tepat baginya, anda hanya mengkategorikannya sebagai Filem-filem & Pawagam / Lain-lain. Dan sudahkah kami sebutkan kepentingan penggunaan penanda-penanda…?

Jumpa anda di tapak web,

Kumpulan Avner & Toluna

Advertisements
%d bloggers like this: