Netika

Netika diistilahkan oleh Wikipedia sebagai “…satu kumpulan konvensyen-konvensyen sosial yang memudahkan interaksi dalam rangkaian-rangkaian, dari Usenet dan senarai-senarai mel hingga ke blog-blog dan forum-forum.”

Dalam erti kata yang lain, Netika merangkumi satu siri aturan dan peraturan yang direka untuk memudahkan persekitaran internet yang mesra dan sopan. Memandangkan internet sendiri adalah satu aliran yang konstan dan sentiasa berkembang dalam saiz dan juga kemampuan teknologi, peraturan-peraturan Netika perlu diubah dan dikemaskinikan juga. Tetapi satu peraturan tetap kekal:

… Elakkan menaip dengan HURUF BESAR SEMUA, yang dianggap sama seperti berteriak atau menjerit.”

Jadi berikut merupakan permintaan kami secara baik kepada komuniti Toluna- sila pastikan bahawa pungutan-pungutan suara, topik-topik dan pendapat-pendapat tidak ditulis menggunakan aksara huruf besar (huruf besar). Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan anda tentang peraturan-peraturan penyederhanaan Toluna, yang juga boleh didapati dalam Tutorial:

  • Pungutan-pungutan suara, topik-topik dan pendapat-pendapat yang ditulis sepenuhnya dengan huruf besar boleh dihapuskan.
  • Pungutan-pungutan suara dan topik-topik yang tidak dikategorikan dengan sempurna boleh dihapuskan.
  • Pungutan-pungutan suara dan topik-topik yang ditulis dalam sesuatu bahasa tetapi ditandakan sebagai satu bahasa yang lain, dan juga pendapat-pendapat yang ditulis dalam satu bahasa yang salah (sebagai contoh, satu pendapat Sepanyol dalam satu topik Inggeris) boleh dihapuskan.

Jumpa anda di tapak web,

Kumpulan Avner & Toluna

Advertisements
%d bloggers like this: