Selamat Datang ke Blog Rasmi Toluna Malaysia

Apa yang ahli-ahli Toluna boleh lakukan di tapak web ini?

  • Mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan! Tinjauan-tinjauan merupakan sebahagian penting aktiviti-aktiviti dalam talian Toluna: sekiranya anda telah memilih untuk mengambil bahagian dalam tinjauan, anda dijangka menerima jemputan emel pertama anda tidak lama kemudian.
  • Membuat pungutan-pungutan suara: pungutan-pungutan suara merupakan soalan-soalan tertutup dengan jumlah jawapan yang telah ditetapkan terlebih dahulu; pungutan-pungutan suara boleh mengandungi satu atau pelbagai pilihan jawapan. Klik di sini untuk membuat satu pungutan suara sekarang!
  • Membuat topik-topik tinjauan pendapat: topik-topik tinjauan pendapat merupakan soalan-soalan terbuka; ahli-ahli boleh menyuarakan pendapat mereka dalam bentuk teks bebas. Klik di sini untuk membuat satu topik tinjauan pendapat!

Anda boleh memasukkan video-video dari YouTube atau imej-imej dari sebarang sumber ke dalam pungutan-pungutan suara dan topik-topik tinjauan pendapat- dan memandangkan komuniti Toluna berkisar di sekitar pungutan-pungutan suara, topik-topik tinjauan pendapat dan pendapat-pendapat, anda boleh membuatnya sebanyak mana yang anda mahukan- tiada sebarang had diletakkan!

  • Menyuarakan pendapat anda: pendapat-pendapat adalah ditulis oleh ahli-ahli sebagai tindak-balas kepada satu topik tinjauan pendapat; setiap ahli boleh meninggalkan satu pendapat bagi setiap topik.

Mengenali Toluna

Bagi membantu anda untuk mengenali Toluna terdapat beberapa sumber dalam talian yang boleh anda gunakan:

  1. Tutorial Toluna menawarkan penerangan-penerangan komprehensif tentang bagaimana menggunakan tapak web dan juga banyak petua yang berguna; anda adalah amat disarankan untuk mengambil masa untuk menyemaknya sebelum menggunakan tapak web ini.
  2. FAQ merupakan satu sumber maklumat yang hebat; ia mengandungi soalan-soalan yang lazimnya diajukan oleh ahli-ahli Toluna.
  3. Blog merupakan cara terbaik untuk mengikuti semua berita dan pengumuman Toluna yang mutakhir; anda boleh mencapainya pada bila-bila masa menggunakan pautan di bahagian bawah laman-laman tapak web ini, atau anda boleh menggunakan pautan-pautan Berita di bahagian bawah  Laman Utama, atau anda boleh melanggan suapan RSS kami.
  4. Polisi Kerahsiaan kami dan Terma-terma & Syarat-syarat tapak web ini memberikan semua maklumat perundangan yang anda perlukan, dan boleh dilihat pada bila-bila masa menggunakan pautan di bahagian bawah laman-laman tapak web ini.
  5. Menghubungi Toluna: sekiranya anda tidak boleh mendapatkan maklumat yang anda cari tentang sebarang sumber-sumber tersebut anda boleh menghubungi Toluna dengan mengklik di sini.

Apa yang perlu saya lakukan terlebih dahulu?

Kami mencadangkan kepada anda untuk memulakan dengan beberapa aktiviti:

  1. Tinjauan-tinjauan minat peribadi: dalam tinjauan-tinjauan ringkas ini, kami meminta anda untuk menyediakan beberapa maklumat tambahan tentang diri anda; maklumat ini membenarkan kami untuk menyesuaikan kandungan tapak web ini dengan lebih baik, dan menambahkan peluang-peluang anda untuk dijemput dalam tinjauan-tinjauan yang anda layak sertai. Setiap tinjauan minat perbadi diberikan 300 Mata Ganjaran Toluna, dan setelah menyempurnakan kesemua tinjauan, anda akan menerima bonus 2000 mata sekaligus! Klik di sini untuk mencapai tinjauan-tinjauan minat peribadi anda sekarang, atau mencapainya pada bila-bila masa dengan menggunakan bahagian “Anda” pada palang navigasi.
  2. Profil dan pengesetan akaun: kemaskini gambar profil anda, maklumat peribadi dan pengesetan-pengesetan akaun dengan mengklik di sini; anda boleh mencapai pengesetan-pengesetan ini dari bahagian “Anda” di palang navigasi pada bila-bila masa.
  3. Mencari dan melayari kandungan pada tapak web: Tinjauan-tinjauan minat peribadi telah selesai, profil anda telah sedia…masa untuk menjawab beberapa pungutan suara dan kirim beberapa pendapat! Terdapat pelbagai cara untuk mendapatkan pungutan-pungutan suara dan topik-topik tinjauan pendapat yang menarik di Toluna:
  • Dengan menggunakan item Jelajahi di palang navigasi anda boleh mencapai pungutan-pungutan suara dan topik-topik yang baru dibuat atau popular dengan mudah.
  • Anda juga boleh menggunakan Jelajahi untuk melayari kandungan melalui kategori-kategori; klik di sini untuk melihat senarai kategori.
  • Anda boleh menggunakan tetingkap carian yang terletak di sudut sebelah kanan atas laman.

Bagaimana boleh saya perolehi Mata Ganjaran Toluna dan apa yang boleh saya lakukan dengannya?

Mata Ganjaran Toluna merupakan satu bentuk matawang maya yang digunakan untuk menghadiahkan Ahli-ahli Toluna untuk pelbagai tindakan dan aktiviti yang dilakukannya. Mata Ganjaran berikut kemudiannya boleh ditebus sebagai satu cek, baucar ganjaran atau tiket-tiket cabutan hadiah. Klik di sini untuk memeriksa baki mata anda (Baki Your2Cents anda telah diimport secara automatik ke Toluna), atau klik di sini untuk menebus mata ganjaran anda.

Terdapat pelbagai cara untuk anda memperolehi mata di Toluna:

  • Bonus-bonus kepopularan kandungan dianugerahkan kepada ahli-ahli yang membuat pungutan-pungutan suara dan topik-topik tinjauan pendapat yang menjanakan jawapan yang banyak; bagi keterangan-keterangan terperinci sila rujuk bahagian Ganjaran-ganjaran Sosial pada Tutorial Toluna.
  • Bonus-bonus penaikan tahap: setiap ahli Toluna diletakkan pada satu tahap yang menunjukkan kepopularan kandungan mereka seperti yang diukur oleh ahli-ahli lain di Komuniti Toluna (tahap anda boleh dilihat pada papan pemuka di Laman Utama). Bagi satu penerangan terperinci sila rujuk bahagian Ganjaran-ganjaran Sosial di dalam Tutorial Toluna.
  • Menulis pendapat-pendapat (mestilah mengandungi 80 perkataan atau lebih, mata ganjaran akan dihadiahkan secara bulanan setelah semua pendapat disemak semula)
  • Mengambil bahagian dalam tinjauan-tinjauan dalam talian

Berapa banyak mata yang akan saya perolehi bagi setiap aktiviti?

  • Kepopularan kandungan / bonus-bonus penaikan tahap: sila rujuk Tutorial Toluna untuk butiran. Sila ambil perhatian bahawa bonus-bonus kepopularan isi kandungan dihadkan kepada 15,000 mata sebulan.
  • Menulis satu pendapat: 100 mata (mesti melebihi 80 patah perkataan, dihadkan kepada 5,000 mata sebulan).
  • Pungutan-pungutan suara Bertaja: 15 – 150 mata, bergantung kepada jumlah soalan.
  • Tinjauan-tinjauan minat peribadi: 300 mata bagi setiap tinjauan. Satu bonus 2,000 mata sekaligus akan dianugerahkan setelah melengkapkan kesemua soal selidik.
  • Tinjauan-tinjauan dalam talian: 3,000 – 15,000 mata atau lebih (bergantung kepada saiz tinjauan)
  • Menjemput seorang rakan: 500 mata (dianugerahkan sekiranya rakan yang dijemput melengkapkan pendaftaran lanjutan)

Seperti yang anda boleh lihat, terdapat banyak yang boleh dilakukan dan ditemui di dalam Toluna; kami berharap anda akan menggemari tapak web ini dan kami menantikan fikiran-fikiran, komen-komen dan permintaan-permintaan anda!

Jumpa anda di tapak web,

Kumpulan Toluna

Advertisements
%d bloggers like this: