Taufan Haiyan: Kutipan Derma Amal

Ahli yang dihormati,

Akibat bencana Taufan Haiyan, Toluna berasa amat sedih dengan pembinasaan harta serta kehilangan banyak nyawa yang melanda kepulauan di Filipina.prc1

Kami ingin menghulurkan sebayak yang boleh dalam usaha membantu mangsa-mangsa bencana, dan dengan pertolongan anda kami akan membuat satu dermaan amal kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Filipina. Toluna mengalu-alukan ahli-ahli dalam komuniti kami untuk mengambil  bahagian dengan satu Kutipan Derma untuk Banntuan Haiyan di Pusat Ganjaran kami.  Kami akan mengumpul mata dari ahli mulai dari Khamis, 14 November, sehinngga Sabtu, 30 November*, dan berharap akan mendapat dermaan dari ahli yang permurah hati untuk membantu mangsa-mangsa yang terbabit di dalam bencana alam ini.

Sila layari laman Pusat Ganjaran hari ini untuk membuat dermaan mata kepada kutipan derma Bantuan Haiyan. Anda boleh menderma sedikit sebanyak dari hanya 100 mata, dan pada 2 Disember, kami akan menambah kepada hasil dermaan mata ahli, dan akan mengumumkan jumlah kutipan yang akan didermakan  bagi pihak komuniti Toluna.

Kami ingin menghulurkan kasih sayang dan doa kami kepada keluarga yang kehidupan mereka terjejas akibat Taufan Haiyan, dan ingin memainkan peranan kecil dalam membantu rakyat Filipina mengatasi bencana alam kali ini.

Terima kasih di atas segala pertolongan dan sokongan anda,
Pasukan Toluna

*Toluna akan menerima dermaan sehinnga 30 November, dengan dermaan maksima USD$10,000 dari seluruh dunia.

Advertisements
%d bloggers like this: