Taufan Haiyan – Terima kasih di atas sokongan anda!

Ahli yang dihormati,

Sebagai mana yang anda ketahui, dalam bulan November Toluna telah mengadakan satu kutipan derma amal supaya ahli kami dari seluruh dunia dapat peluang untuk menghulurkan dermaan mata ganjaran mereka, dan justeru membuat dermaan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Filipina untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan.prc1

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua di atas bantuan, kasih sayang dan kemurahan hati, dan kami amat gembira mengumumkan ahli-ahli dari seluruh dunia telah  menderma kira-kira RM5,164 untuk kutipan ini. Tambahan kepada derma daripada ahli-ahli, Toluna telah membuat keputusan untuk melipat ganda jumlah ini dan sumbangan muktamad adalah berjumlah RM10,328. Kutipan derma ini akan disalurkan ke Persatuan Bulan Sabit Merah, Filipina dalam usaha untuk membantu mangsa-mangsa di dalam proses permulihan dan pembangunan semula..

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah menderma mata ganjaran yang anda berusaha untuk mengumpul. Untuk mengetahui lebih banyak bagaimana Persatuan Bulan Sabit Merah Filipina membantu mangsa-mangsa Taufan Haiyan, atau ingin menghulurkan dermaan, sila layari laman web mereka.

Daripada kami semua di Toluna, kami ingin mengucapkan anda sekeluarga sihat sejahtera dan selamat menyambut tahun baru tidak lama lagi.

Sekian, terima kasih
Pasukan Toluna

Advertisements
%d bloggers like this: