Menangilah 15,000 mata dengan #TolunaGetaway

AugustGetaway_MY.jpg

Halo Ahli – Ahli,

Sekarang dah masuk bulan Ogos! Sudahkah anda bercuti tahun ini? Adakah anda merancang untuk percutian bulan ini? Kami ingin melihat gambar percutian anda! Tunjukkan kami gambar percutian anda dan sertai pertandingan Instagram dan Twitter kami yang baru: #TolunaGetaway! Seperti biasa, dua pemenang akan memenangi 15,000 mata setiap satu – satu dipilih dari Instagram dan yang lain dipilih dari Twitter.

Untuk menyertai, sila:
• Ikut @Toluna di Instagram atau Twitter, bergantung pada platform yang anda guna
• Pilih gambar yang berkaitan dengan percutian, muat naik ke Twitter atau Instagram
• Tag gambar anda dengan #TolunaGetaway hashtag
• Di kedua-dua Twitter dan Instagram, anda mesti mengikuti @Toluna untuk layak.

Pertandingan ini adalah Instagram & Twitter Eksklusif . Anda mesti menghantar foto anda antara 1 Ogos dan 31 Ogos untuk mengambil bahagian.

Kami amat berbangga untuk mengumumkan pemenang #TolunaSummer! Antara beratus ratus penyertaan, greyviviho dipilih dari penyertaan Instagram dan ThomKammermann  dipilih melalui Twitter. Mereka masing-masing akan menerima 15,000 mata. Tahniah!

Semoga berjaya kepada mereka yang memasuki #TolunaGetaway Kami berharap dapat melihat penyertaan anda.

Berjumpa lagi di laman web Toluna, Instagram atau Twitter

Sekian,
Pasukan Toluna

* Peraturan Promosi: Pemenang akan dipilih secara rawak pada 8 September 2017 pada jam 5 petang EST dan ahli mesti mengikuti arahan pertandingan. Ahli mesti mempunyai akaun Toluna.com atau bersedia untuk membuat akaun untuk menerima mata. Pemenang akan dimaklumkan melalui Instagram atau Twitter mereka. Catatan tidak boleh mengandungi sebarang bahasa yang lucah, menghina, mengancam, kasar, mengganggu, memfitnah, tidak benar, mengelirukan atau menyerang privasi orang lain. Toluna berhak untuk menyemak semua kandungan, dan menahan mata bonus dari ahli yang melanggar peraturan.

Advertisements
%d bloggers like this: